Ahyat Ishak adalah seorang individu yang memulakan karier hidupnya secara sederhana dan kini sudah 17 tahun melabur dalam hartanah dan merupakan seorang usahawan dan juga seorang pelabur hartanah sepenuh masa.
Ahyat telah mulakan perniagaan pertama sejak tahun 1999 semasa dalam universiti dan beli hartanah yang pertama pada tahun 2003. Kepakaran Ahyat adalah membantu anda mencipta kekayaan dengan pelaburan hartanah yang bijak menggunakan Strategi Pejuang Hartanah.
Ahyat memiliki berbelas syarikat dan telah membeli puluhan hartanah. Ahyat mempunyai pengalaman beli hartanah under-con, subsale dan lelong dari pelbagai kategori hartanah jenis rumah, komersil dan retail. Ahyat telah membeli semua hartanah ini dengan menggunakan Teknik 5 Naga iaitu menggunakan nama individu dan syarikat.
Ahyat sering diundang memberi ceramah tentang hartanah di dalam dan luar negara, Ahyat juga diundang untuk menyumbang pandangan di suratkhabar, majalah dan media secara online dan offline. Tidak dilupakan, Ahyat biasa ke udara di radio dan TV untuk berkongsi ilmu keusahawanan dan hartanah.
Ahyat cikgu hartanah. Ahyat tidak menjual hartanah. Ahyat bukan seorang ejen hartanah. Namun Ahyat amat sanjung ejen hartanah kerana banyak bantu Ahyat dalam perjalanan sebagai pelabur hartanah.
Selepas 8 tahun melabur hartanah, Ahyat mula mendidik masyarakat tentang ilmu hartanah pada tahun 2011 pada mulanya dalam bahasa Inggeris. Sejak tahun 2013, Ahyat banyak memberi pengkhususan kepada penyampaian ilmu hartanah dalam bahasa Melayu supaya ilmu ini dapat sampai terus kepada orang kita yang sangat dahagakan dan sangat memerlukan ilmu ini.

Kini, Ahyat mendidik usahawan dan bakal usahawan cara melabur hartanah dgn bijak, selamat dan bertanggungjawab melalui program-program dan produk-produk cetak dan digital Ahyat. Program yang Ahyat ada anjurkan setiap bulan, suku tahun, setengah tahun dan tahunan, seperti Mega Pejuang Hartanah, Gempur Hartanah, Kembara Hartanah, Program-Program Advance, Group Coaching dan banyak lagi.
Impian Ahyat untuk melihat orang kita dapat menjadi pemilik hartanah di tanahair sendiri. Itu sebabnya Ahyat mengasaskan komuniti Pejuang Hartanah, yang memperjuangkan pemilikan hartanah dalam kalangan orang Islam.
© AHYAT ISHAK 2024. ALL RIGHTS RESERVED | TERMS & CONDITIONS | PRIVACY POLICY
MANAGED SERVICE BY LAMAN WEB