Percayalah Pasti Ada Jalan Keluar Daripada Masalah Hutang RM200K

Ahyat nak share satu kisah sorang akak yg hadir program Ahyat. Kisahnye sangat menyedihkan. Ahyat nak kupas supaya dapat jadi pedoman buat kita semua, terutama kaum isteri.

  1. 1. Akak ni cerita kat Ahyat, dia cadang taknak datang pun kelas walaupun dah daftar. Pagi nak datang tu pun dia rasa berat sangat nak datang. Tapi syukur dia gagahkan jugak utk hadir dari Selayang.
  2. Dalam sesi pagi tu, Ahyat sharing dulu tentang perjuangan. Bila sampai part keluarga tu Ahyat nampak akak ni dah mula menangis. Sebelum masuk module seterusnye, dia jumpa Ahyat dan dia bisik: Akak rasa nak balik. Rasa tak sesuai nak sambung belajar kelas ni.
  3. Ahyat pun tanya lebih lanjut. Utk ringkaskan ceritanye, akak ni dah bankrap. Dia ada hutang rm200k. Suami dia buat personal loan utk berniaga. Bisnes pulak tak menjadi. So yg kena tanggung beban tu akak ni la.
  4. Akak ni pulak ada 2 orang anak yg masih bersekolah. Nak kena tanggung bayaran hutang dan anak2 ni memang cukup membebankan. Masalahnye gaji dia sekarang hanya rm2k sebulan.
  5. Satu perkara wajib yg kita nak kena buat dalam group coaching ni ialah utk senaraikan semua hutang2 kita. Masa part ni, akak ni taknak senaraikan. Ahyat pujuk akak ni. Akak tu kata dia tak sanggup nak senaraikan. Akak ni dah hilang semangat n hilang harapan.
  6. Sebenarnye kat sinilah step pertama n step kedua utk selesaikan masalah hutang. 1st kita kena yakin bahawa ada jalan keluar drpd masalah ini. Yakin Allah akan bantu kita selagi kita masih berusaha. 2nd kita wajib senaraikan semua hutang2 kita.
  7. Dan masalah utama akak ni bukan lah sangat hutang nye. Ye betul hutang nye itu rm200k. Tapi bagi orang yg bergaji rm100k sebulan, hutang sebanyak rm200k ni tak rasa besar. Tapi kalau gaji rm2k sebulan? Memang rasa 100 bulan pun tak selesai. So adalah yg kami borak cara nak bantu dia tingkatkan pendapatan.
  8. Ini barulah langkah pertama dalam proses setelkan hutang. Awal2 kita dah boleh rebah dan kalah. Kita dah terasa nak give up. Tapi akak ni masih bersemangat dan gigih nak berusaha utk keluarganye dan anak2nye.
  9. Bagi Ahyat sebagai seorang cikgu hartanah, memang takkan benarkan orang yg ada situasi sama dgn akak ni nak beli rumah. Lagi2lah kalau orang yg dah bankrap. Kena selesaikan hutang2 lama dgn peningkatan pendapatan.
  10. Jangan putus harapan ya. Pasti ada jalan keluar. Siapa nak topup ilmu? Siapa setuju ilmu2 ni penting? Jom topup ilmu!

Share:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on linkedin
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Yang Selepas Tu Kena Buat Sebelum!

Ramai buat kesilapan ini.. elakkan please! Gembira nye seorang cikgu bila mendapat berita kejayaan anak2 murid yg lepas. Pasangan suami isteri ni jumpa Ahyat semula