Yang Selepas Tu Kena Buat Sebelum!

Ramai buat kesilapan ini.. elakkan please!
Gembira nye seorang cikgu bila mendapat berita kejayaan anak2 murid yg lepas. Pasangan suami isteri ni jumpa Ahyat semula selepas setahun. Sekarang sedang merancang utk membeli lagi tapi kali ini nak bina empayar hartanah dalam bisnes mereka.

1. Kisahnye, rumah yg mereka beli tu baru dapat kunci. Yg bestnye dah ada penyewa yg standby. Macam ni kan best. Supaya cashflow dapat chanteks terus.

2. Ramai akan mula cari penyewa hanya bila dapat kunci. Kat situ lah kesilapannye. Ye memang betul mencari penyewa tu benda yg kita buat selepas dapat kunci, tapi sebelum dapat kunci dah kena buat dah.

3. Kalau dah beli undercon, beberapa bulan sebelum dapat kunci tu dah boleh planning2 dah utk urusan penyewa. Malah time tu dah akan ada ejen2 hartanah yg mula contact kita. Bincang cepat2 dan pasang pukat awal2. Cari jalan supaya unit kita akan dipenuhkan dgn penyewa dulu. Part ni kena pandai2 buat ejen suka kita dan ejen suka kat unit kita.

4. So bayangkan kalau 300 unit dalam satu blok tu dapat kunci serentak. So agak2nye kenapa penyewa nak sewa unit kita dulu? Zaman sekarang dgn lambakan unit2 high rise, kita nak kena bijak dalam hal ni. So apa nak buat? Kenalah spend sikit utk cukupkan sifat unit kita supaya lebih mudah utk disewa dulu. Tak perlu berlebihan. Tak supaya jadi luarbiasa drpd unit2 lain yg kosong kerana pemiliknye kedekut dan tak fikir strategi sewa.

5. Utk undercon, kita kena hati2 dgn isu defect. Dari segi undang2 dan klausa dalam perjanjian jual beli dgn pemaju, pemaju memang kena kotakan janji. Tapi kadang2 pemaju akan cari alasan bila owner atau pemyewa dah duduk. Asalkan kita takde buat major renovation, kalau ada leaking kalau ada defect2 lain memang pemaju kena setelkan.

6. Utk subsale dan lelong planning utk exit plan bagus kita buat awal2. Sekurang2nye kita dah mintak askar2 ejen kita utk carikan penyewa awal2. Atleast bila repair2 atau renovation dah siap, penyewa dah boleh masuk terus.

7. Unit yg pasangan ni beli juga sangat strategik. Lokasi sibuk, ada MRT, dekat dgn tempat2 pekerjaan, fasiliti best. So ini jadi satu tarikan utk penyewa. Plus, unit ni dekat dgn tempat tinggal mereka so mudah utk nak uruskan hal2 penyewa.

8. Sebelum nak masuk gelanggang hartanah, kita kena bersedia. Carilah ilmu secukupnye sebelum tersilap langkah. Tak susah mana pun hartanah ni. Tapi kalau taknak cari ilmu memang susah la kan!

Doakan Ahyat dapat bantu pasangan suami isteri ni bina empayar bisnes dan empayar hartanah mereka. Doakan pasangan suami isteri ni terus berjaya sebagai usahawan Islam yg akan bantu lebih ramai melalui bisnes mereka!

Share:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on linkedin
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Yang Selepas Tu Kena Buat Sebelum!

Ramai buat kesilapan ini.. elakkan please! Gembira nye seorang cikgu bila mendapat berita kejayaan anak2 murid yg lepas. Pasangan suami isteri ni jumpa Ahyat semula